Polis tak halang misi bantuan Ebit Lew di Semporna

0
3

POLIS atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tidak pernah menghalang atau mengeluarkan sebarang arahan untuk menghentikan program pendakwah bebas, Ebit Lew di pulau sekitar Semporna.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani, berkata malah polis mengalu-alukan kerjasama mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program amal kebajikan bagi membantu golongan memerlukan.

Bagaimanapun, Hazani berkata, mereka digalakkan untuk merujuk dengan pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keselamatan semata-mata.

“Kita tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau tindakan untuk menghalang program yang dianjurkan oleh pihak sukarelawan seperti Ustaz Ebit Lew.

“Ada juga kenyataan yang ditularkan di media sosial mengaitkan perintah berkurung dikuatkuasakan meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Hazani berkata, perintah itu dikeluarkan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

“Ia tiada kena mengena dengan program yang dianjurkan sukarelawan atau NGO di mana-mana kawasan di negeri ini.

“Cuma kita minta beliau rujuk dengan pihak berwajib, ia adalah bagi mengenalpasti status pulau dan penduduk terbabit,” katanya.

Terdahulu, kenyataan Ebit tular di media sosial yang mendakwa dirinya terpaksa menghentikan misi bantuan kerana tidak dibenarkan melawat ke pulau-pulau sekitar Semporna.

Malah Ebit menjelaskan beliau turut diminta supaya menghentikan bantuan di sekitar daerah berkenaan. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/02/ebit-lew-diarah-henti-misi-bantuan-di-semporna/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here