Covid-19: 21 kematian, tertinggi pernah direkodkan

0
4

Nilam Oshman

MALAYSIA merekodkan jumlah kematian sebanyak 21 kes hari ini, sekali gus menjadi kes tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 3,455 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 222,628 kes.

Katanya, daripada jumlah kes baharu hari ini, lima adalah kes import dan selebihnya penularan tempatan.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan, iaitu sebanyak 47,847.

“Selangor merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,145, diikuti Johor (708), Kuala Lumpur (619) Sabah (276), Sarawak (121), Terengganu (115).

“Negeri yang mencatat kes di bawah 100 ialah Pulau Pinang (85), Perak (84), Negeri Sembilan (79) Pahang (63), Melaka (62), Kedah (59), Kelantan (31), Putrajaya (6), Perlis (1) dan satu kes di Labuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes sembuh baharu hari ini ialah 3, 661 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah 173,990 kes.

“Dengan 21 lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 791,” katanya.
-Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/01/ekonomi-malaysia-dijangka-bertambah-buruk-kewangan-kerajaan-tegang/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here