Dataran Merdeka bakal dinaik taraf sebagai ‘Garden City of Light’ – Annuar

0
2

KAWASAN sekitar Dataran Merdeka di ibu negara bakal dilimpahi cahaya berwarna-warni apabila kerajaan bercadang menjadikan ia Zon Warisan yang wajib dijaga, diurus dan dinaik taraf sebagai zon pelancongan utama.

Bagi tujuan itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata pencahayaan di kawasan tersebut perlu ditingkatkan lagi umpama ‘Garden City of Light’.

Malah, katanya, kesan cahaya ‘lighting effect’ lebih dramatik perlu dibuat di semua bangunan yang boleh dilihat dari arah Dataran Merdeka.

“Kawasan sepangjang ‘River of Life’ khasnya di mana Kuala Lumpur beroleh namanya, perlu dinaik taraf lagi,” catat Annuar di Facebooknya hari ini.

Dalam hantaran itu, Annuar turut memuat naik beberapa gambar beliau bersama kakitangannya meninjau persekitaran Dataran Merdeka pada waktu malam.

Annuar berkata, Kuala Lumpur mesti bersedia untuk menjadi sebuah kota metropolitan yang lebih kompetitif, berdaya saing dan menarik pada masa hadapan.

Katanya, sebagai ibu negara, Kuala Lumpur tidak boleh ketinggalan dan mesti bangkit selepas pandemik Covid-19 berakhir.

“Kuala Lumpur itu mesti mengambil peluang untuk membuat persiapan menghadapi pasca Covid-19, untuk menjadi bandar yang lebih kompetetif dan lebih menarik.

“Saya buat tinjauan impromptu ‘KL by night’. Saya dapati banyak ruang boleh di tambah baik,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

  1. https://malaysiapost.com.my/2020/11/15/naiktaraf-jalan-melayu-segera-annuar/
  2. https://malaysiapost.com.my/2021/01/15/taman-awam-dbkl-dibuka-namun-pengunjung-perlu-ikut-sop/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here