Ebit Lew Islamkan 490 penduduk Bajau Laut

0
3

Nurul Huda Abhar

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew yang berada di Semporna dalam melaksanakan misi bantuan, telah mengislamkan 490 masyarakat Bajau Laut yang tinggal di empat perkampungan atas air di daerah tersebut.

Ebit atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew berkata pada mulanya niat beliau ke empat kampung itu untuk menyalurkan bantuan kepada golongan susah.

“Menangis bahagia sangat di Semporna dua hari di sini 490 orang masuk Islam mengucap syahadah dari empat kampung.

“Syukur dapat bimbing mereka syahadah. “Niat kerana dengar orang memerlukan bekalan makanan terus ke kawasan Bajau Laut yang tiada negara,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Menurut Ebit, masyarakat di kawasan itu hidup di perkampungan atas air dan hanya sekali sekala sahaja naik ke darat.

Katanya lagi, masyarakat Bajau Laut tidak beragama, dan tidak mengetahui berkenaan kewujudan tuhan.

“Mereka tiada agama. Sampai mereka bertanya tentang tuhan. Kami tidak tahu tentang tuhan. Mereka dengan rela hati ingin memeluk Islam. Sayu dengar mereka mengucap syahadah,” ujarnya lagi.

Kelmarin, Ebit Lew memaklumkan seramai 157 masyarakat suku Bajau Laut atau dikenali gipsi laut membuat keputusan memeluk Islam yang mana beliau sendiri menyaksikan dan mengajar mereka melafazkan syahadah.

Justeru, beliau meluahkan perasaan gembira dan terharu dengan keadaan itu.

Ebit yang juga pemilik cawangan Elews Mart turut bercadang membina tiga sekolah untuk kegunaan pendidikan masyarakat Bajau Laut.

Jelasnya, pembinaan sekolah tersebut dijangka mengambil masa sebulan dan akan menampung dari segi kos gaji guru yang akan mengajar.

“Syukur tadi selesai bawa kayu dan mula bina sekolah. Kami cadang bina tiga sekolah. Tadi dah dapat enam orang guru untuk mengajar asas 3M dan Asas Islam. Akhlak dan kasih sayang.

“Tadi dah letak kayu. Sebulan akan siap semuanya. Saya akan bayar gaji guru. Dan akan cuba bantu mereka secara berterusan. Cikgu akan tinggal disana,” ujarnya.

Perkongsian entri tersebut menerima lebih 22,000 tanda suka, dan dibanjiri komen yang memuji sikap Ebit yang menghulurkan bantuan tanpa mengira taraf kerakyatan seseorang.

Malah, ramai pengikutnya bersyukur apabila umat Islam semakin bertambah dah berharap masyarakat Bajau Laut mendapat bimbingan untuk terus mendalami agama Islam.

Sementara itu, Ebit juga berterima kasih kepada pasukan keselamatan yang membantu misi bantuan beliau di Semporna.

“Menangis saja hari ini. Terima kasih Maritim (Malaysia) menyediakan dan bantu kami dari mula sampai habis. Terima kasih PDRM. Terima kasih Komando 69, PGA dan ATM serta pengurusan Taman-taman Sabah yang memudahkan kami bina sekolah.

“Terima kasih NGO yang terlalu banyak membantu mereka. Ini sedikit usaha kecil kami. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/31/ebit-lew-islamkan-157-penduduk-bajau-laut/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here