‘Ini pun doa semua kan’ – Ebit Lew

0
2

SEMUA pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan jemaah dakwah lain dialu-alukan ke Pulau Tatagan, Semporna dalam membimbing serta membantu kelompok suku Bajau Laut di kawasan terbabit.

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mengajak agar lebih ramai lagi tampil membantu masyarakat suku Bajau Laut yang serba kekurangan itu.

Beliau yang dalam misi bantuan kemanusiaan di Sabah, kini dalam usaha membina sekolah atas air di penempatan masyarakat terbabit.

“Sebak menangis bila petang tadi masa tengok kayu di Pulau Tatagan dah sampai untuk buat sekolah atas air.

“Dalam masa sebulan akan siap sekolah ini insyaAllah. Saya dah cari enam orang guru untuk tiga sekolah yang saya nak bina.. dua guru akan duduk di Pulau Tatagan ini mengajar sepenuh masa.

“Saya akan bayar gaji dan perbelanjaan jamuan dan sedikit keperluan asas orang kampung secara konsisten,” katanya yang dikongsi di Facebook hari ini.

Menurutnya, guru-guru berkenaan yang boleh berbahasa Bajau Laut akan mengajar dari Isnin hingga Jumaat setiap minggu dan menetap bersama masyarakat berkenaan.

“Gembira tadi kami ulang-ulang syahadah bersama. Saya tanya siapa nak sekolah? Semua seronok angkat tangan nak sekolah.

“Baik-baik gelak jer bergurau dengan mereka tadi. Tapi saya menangis melihat mereka sebenarnya. Lagi sedih tengok anak kecil.

“Memang mereka dah biasa hidup begitu atas air. Kasihan tak sekolah dan tidak diberi pendidikan,” katanya.

Menurutnya, banyak NGO dan orang tempatan yang sering membantu masyarakat berkenaan dan dia hanyalah sebahagian kecil dari usaha ramai orang lain.

“Ini pun doa semua kan. Saya siapkan sekolah ini untuk kelas setiap hari. Saya juga mengalu-alukan semua NGO lain dan jemaah dakwah hadir ke sini untuk hidupkan suasana iman.

“Sukarelawan semua dialu-alukan,” katanya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here