‘Adam Loi bukan penerima pertama vaksin Covid-19’ – KKM

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan bahawa seorang sukarelawan yang dikenali sebagai Adam Loi adalah individu pertama yang menerima vaksin Covid-19 di negara ini.

KKM dalam kenyataan di Facebook berkata, sukarelawan tersebut hanya menerima vaksin kajian dan bukannya vaksin sebenar Covid-19.

KKM berkata, setakat ini penerima vaksin Covid-19 yang pertama di negara masih belum ditentukan.

“Adalah menjadi harapan KKM, pencerahan ini dapat memberikan gambaran sebenar mengenai siapa penerima pertama vaksin di Malaysia.

“Pihak yang menularkan grafik tersebut diminta menghentikan sebaran dan memadamnya bagi mengelak kekeliruan terus berlaku di kalangan orang ramai,” katanya kenyataan itu.

Sebelum ini, tersebar grafik di media sosial yang mendakwa Adam Loi adalah penerima pertama vaksin Covid-19. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/01/vaksin-covid-19-dijangka-tiba-26-februari-ini/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here