MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan talian telefon bimbit beliau dipercayai telah digodam sejak awal pagi tadi.
Sehubungan itu, beliau akan segera membuat laporan polis bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.
“Saya memohon berbanyak-banyak maaf kepada semua pihak yang mungkin cuba berkomunikasi dengan saya menerusi talian telefon bimbit tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Pada 19 Januari lalu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut mendakwa talian telefon dan aplikasi WhatsApp beliau diceroboh dan digodam.
Pegawai Khasnya, Aizat Azam memaklumkan segala hantaran dan maklum balas melalui WhatsApp daripada nombor telefon Ahli Parlimen Padang Terap dan Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu sejak malam 18 Disember adalah bukan daripadanya.
Malah, laporan polis sudah dibuat berhubung perkara itu di Balai Polis Travers di Kuala Lumpur. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/19/mahdzir-khalid-lapor-polis-dakwa-telefon-whatsapp-digodam/

