Elisya Sandha bertunang dengan anak Sheila Rusly

0
2

Nurul Huda Abhar

PENGARAH dan pelakon Sheila Rusly menzahirkan rasa syukur apabila anak lelakinya, Uzair Haqimy dan pelakon Elisya Sandha kini sah bergelar tunangan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sheila memuat naik satu foto bersama kapsyen ringkas, ‘Alhamdulillah’.

Sheila kelihatan memeluk seorang wanita berpakaian serba putih bersama selendang dengan rona yang sama.

Rata-rata peminat menulis di ruangan komen telah menjangka bahawa Uzair kini telah bertunang dengan Elisya yang juga adik kepada pelakon Fasha Sandha.

Sementara itu, perkongsian Elisya sendiri di Insta Story yang memuat naik gambarnya bersama Uzair di atas pelamin mengesahkan berita mengenai pertunangan mereka.

Elisya, 21, juga berkongsi gambar berdua bersama tunangnya yang mengenakan baju melayu berwarna putih.

“Terima kasih atas doa kalian. Syukur Alhamdulillah.

“Allah mengetahui apa yang terbaik untukku, dan bila waktu terbaik untuk mendapatkannya,” tulis Elisya semalam.

Hubungan pelakon siri ‘Misteri Mona’ itu bersama anak lelaki Sheila telah diketahui umum setelah beberapa kali pengarah itu berkongsi gambar Elisya sebelum ini.

Elisya juga sebelum ini telah memuat naik foto bersama Uzair di Instagram dengan kapsyen seperti mereka sedang dilamun cinta. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2020/11/01/ibu-kongsi-perasaan-gembira-neelofa-dan-pu-riz-bertunang/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here