Patuh SOP kunci utama bendung penularan Covid-19

0
2

KEPATUHAN rakyat terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah kunci utama dalam membendung penularan Covid-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, apa yang penting bukanlah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKP Bersyarat, tetapi kepatuhan kepada SOP.

“Sekiranya tiada urusan penting, duduk di rumah,” katanya seperti dilapor Bernama.

Dr Noor Hisham mengakui terdapat kelonggaran syarat dalam pelaksanaan PKP kali ini berbanding pada Mac tahun lalu.

Beliau turut berharap rakyat dapat memainkan peranan dalam usaha mengurangkan jangkitan Covid-19.

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/01/31/boleh-tamatkan-pkp-tapi-ketatkan-sop-pakar-kesihatan/

“Kita faham ada kelonggaran sebab kita kena lihat kepada kesihatan dan juga ekonomi.

“Jadi kedua-dua faktor ini perlu keseimbangan. Itu yang penting supaya kita boleh kawal kes dan juga menjalankan ekonomi,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here