Tommy perlu dedah semua perbuatan Dr Mahathir – Najib

0
1
Pix via Malaysiapost

AHLI Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak membidas tindakan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas kerana tidak mendedahkan sepenuhnya mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad khususnya isu berkaitan perundangan, politik dan rakan sekutu Pakatan Harapan (PH).

Bekas Perdana Menteri itu mempersoalkan perkara berkenaan yang dianggapnya Dr Mahathir berkomplot dalam hal tersebut.

“Dia (Tommy) tak dakwa Zakir Naik sebab patuh arahan Tun M, dedah Tommy. Dia lepaskan kes-kes LTTE setelah mendapat izin Tun Mahathir dan kabinet, kata Tommy.

“Tun Mahathir tak campur tangan dalam urusan Peguam Negara dan perundangan ke? Bagaimana pula bagi keputusan tarik balik dakwaan terhadap Lim Guan Eng dan pemimpin-pemimpin PH sekutu Tun Mahathir?,” soalnya.

Najib turut mempersoalkan kenapa Tommy tidak mendedahkan motif Dr Mahathir mengheret semua musuh ke mahkamah ketika beliau mentadbir negara.

“Bagaimana pula dengan keputusan mendakwa musuh-musuh politik Tun Mahathir?

“Kenapa tak tulis berhubung itu pula, Tommy?,” ujarnya.

Menerusi laporan media, Tommy dilapor memaklumkan bahawa Dr Mahathir memberitahu kepadanya untuk mengelakkan sebarang proses mahkamah terbuka dalam usaha mengekstradisi pendakwah kontroversi, Zakir Naik.

Selain itu, kata beliau mengenai keputusan PH untuk meratifikasi atau menolak undang-undang (statute) Rom adalah ‘kerosakan besar dalam kredibiliti gabungan itu’.

“Statute Rom adalah penting kerana ia menubuhkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa,” katanya.

Beliau turut mengatakan bahawa beberapa ahli akademik telah mencipta kes palsu untuk menakut-nakutkan
rakyat Malaysia. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/01/29/parti-baharu-ditubuhkan-tun-m-demi-kepentingan-peribadi/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here