Aduhai…. 5,298 kes pula hari ni!

0
2

KES harian Covid-19 di negara ini melepasi angka 5,000 buat hari ketiga berturut-turut, sekali gus melonjakkan kes keseluruhan kepada 214,959 kes.

Hari ini, sebanyak 5,298 lagi kes baharu dicatatkan, iaitu rekod ketiga tertinggi dicatatkan sejak wabak itu melanda negara.

Semalam, Malaysia merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 5,728, manakala kelmarin sebanyak 5,725 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan, daripada keseluruhan kes hari ini, tiga adalah kes import dan selebihnya penularan tempatan.

Jumlah kes aktif di Malaysia juga terus meningkat kepada 48,150 kes, di sebalik 4,522 kes sembuh baharu.
Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,460 kes diikuti Johor (1,020), Kuala Lumpur (783), Sabah (298), Melaka (153) dan Sarawak (135).

Negeri yang mencatat kes bawah 100 ialah Terengganu (83), Pahang (74), Pulau Pinang (69), Perak (63), Kedah (53), Negeri Sembilan (42), Kelantan (30), Labuan (24), Putrajaya (6) dan Perlis lima kes.

Sebanyak 14 lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 760 kes. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/01/30/backlog-cases-punca-kes-covid-19-di-selangor-naik-mendadak-mb/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here