Kandungan WhatsApp tersebar palsu – KKM

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menafikan kandungan WhatsApp yang kini tular berhubung kononnya prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat yang akan dikuatkuasakan kerajaan mulai 4 Februari.

Kandungan itu antara lain menyebut kononnya kerajaan berharap semua orang dapat bertahan dari kesulitan ekonomi selama enam bulan susulan SOP diketatkan.

Menerusi hantaran di Facebooknya, KKM meminta orang ramai agar tidak menyebarkannya kandungan WhatsApp tersebut kerana ia tidak benar sama sekali.

“Kandungan WhatsApp yang sedang tular di aplikasi tersebut adalah tidak benar sama sekali. Mohon untuk anda semua tidak menyebarkannya,” kata KKM.

Antara lain kandungan tersebut mendakwa orang ramai tidak boleh keluar selepas jam 8 malam, rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan selain jabatan kerajaan hanya beroperasi 7 pagi hingga 2 petang.

Pada 25 Januari lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadual berakhir 4 Februari ini, tidak akan dilanjut bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi, susulan pelaksanaannya.

Namun keesokannya, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan sama ada PKP lebih ketat atau kembali kepada PKP Bersyarat (PKPB), bergantung kepada keputusan mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN). – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/01/31/boleh-tamatkan-pkp-tapi-ketatkan-sop-pakar-kesihatan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here