Aeril Zafrel lega dapat peluk keluarga

0
2

PELAKON Aeril Zafrel menzahirkan rasa syukur apabila dirinya kini bebas Covid-19 setelah menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Berkongsi berita gembira itu, Aeril memuat naik foto pertamanya dapat berkumpul bersama keluarga buat kali pertama selepas tempoh kuarantin tamat.

“Alhamdulillah atas doa anda semua. Semalam hari last saya kuarantin. Akhirnya boleh peluk diorang macam biasa.

“Biarlah gambar diorang tak ready ke apa, yang penting gambar aku on point,” katanya di laman Instagram.

Rata-rata pengikutnya mengucapkan rasa syukur dan gembira kerana pelakon itu sudah kembali sembuh dan dapat kembali ke pangkuan keluarga tersayang.

Suami kepada pelakon Wawa Zainal itu disahkan positif Covid-19 pada 21 Januari lalu selepas berjumpa dengan pengurusnya yang mempunyai gejala demam.

Bimbang akan keselamatan isteri dan anak-anaknya, Aeril segera memanggil petugas kesihatan untuk membuat ujian saringan ke atas ahli keluarga dan pekerjanya.

Setelah mendapat keputusan ujian saringan, Aeril memaklumkan Wawa dan tiga anaknya disahkan negatif Covid-19 – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

Aeril Zafrel, pengurus positif Covid-19

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here