Tarikh buka sekolah secara bersemuka akan dimaklum seminggu awal – menteri

0
2

KEPUTUSAN berkaitan pembukaan semula sekolah secara bersemuka akan dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum sekolah dibuka.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin berkata ia sepertimana dinyatakan dalam soalan lazim (FAQ) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada 18 Januari lalu.

“Ini (tempoh seminggu itu) bagi membolehkan guru, ibu bapa dan murid mendapat ruang yang cukup bagi membuat persediaan sewajarnya.

“KPM sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian susulan menerima banyak pertanyaan berkaitan status pembukaan semula sekolah bagi sesi bersemuka untuk murid bukan kelas peperiksaan.

Ketika ini, semua murid dan pelajar menjalani sesi persekolahan menerusi kaedah pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak 20 Januari lalu.

Hanya pelajar yang terlibat dalam peperiksaan awam sahaja yang bersekolah secara bersemuka. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/27/modul-pdpr-tidak-hanya-terhad-mengajar-dalam-talian-menteri/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here