Kanak-kanak maut didera: Jiran kerap lihat mangsa termenung

0
2

JIRAN kanak-kanak yang meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya kelmarin, mendakwa mangsa kerap dilihat termenung di rumah keluarganya.

Gadis yang enggan dikenali itu berkata, dia turut merakam gambar mangsa selepas beberapa kali melihat kanak-kanak itu termenung di bahagian hadapan dan belakang rumah.

“Saya sengaja merakam gambarnya (mangsa) minggu lalu. Saya ada melambai tangan ke arahnya, namun tidak dibalas sebaliknya dia masuk ke dalam rumah,” katanya ditemui di Taman Krubong Jaya, Melaka semalam, lapor Kosmo.

Ibu gadis itu pula mendakwa, dia mendapat tahu tentang nasib malang yang menimpa kanak-kanak itu selepas berkongsi gambar mangsa dengan keluarga angkat sebelum tular di Facebook.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga angkat kanak-kanak itu dan kebetulan anak saya pernah merakam gambar arwah termenung, jadi saya kongsikan gambar itu dengan mereka,” katanya.

Gambar mangsa yang termenung di tingkap rumahnya itu turut menjadi tular di Facebook.

Mengulas mengenai sikap mangsa, keluarga itu berkata, arwah pernah dilihat bermain dengan dua adiknya di kawasan pekarangan rumah.

“Kami sekeluarga bekerja dan pulang lewat petang. Sekali sekala nampak dia (mangsa) bermain, ada juga terdengar suara budak menangis, tetapi tidak kerap,” katanya.

Wanita itu mengetahui mangsa meninggal dunia selepas melihat kehadiran ambulans sebelum dimaklumkan kanak-kanak itu lemas dalam tong air. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:


https://malaysiapost.com.my/2021/01/30/kanak-kanak-maut-didera-suami-isteri-direman-seminggu/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here