Ingkar PKP: 6 warga asing ditahan main bola sepak

0
2

ENAM lelaki warga asing ditahan polis ketika bermain bola sepak di taman permainan awam Jalan SS 20/12 Damansara Kim, Petaling Jaya kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata mereka ditahan pada jam 8.13 malam tadi oleh sepasukan polis kerana melakukan aktiviti sukan iaitu bola sepak di tempat permainan awam dalam tempoh PKP.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988.

“Sebiji bola warna hijau turut dirampas dan polis memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi PKP 2.0,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, kegagalan mematuhi arahan itu akan menyebabkan orang ramai dikompaun RM1,000 atau ditangkap.

“Seterusnya didakwa di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here