MU mungkin bawa masuk semula Simic

0
2

KELAB Melaka United akan membawa masuk bekas penyerang importnya, Marko Simic sekiranya gagal mendapatkan tandatangan Ivan Lendric yang kini beraksi bersama kelab Zeljenicar dalam Liga Bosnia.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata buat masa ini perbincangan mendapatkan Lendric berada di fasa terakhir.

“Keputusan untuk menandatangani Lendric yang beraksi selaku penyerang akan dimuktamadkan dalam tempoh sehari dua ini, buat masa ini apa yang kita maklum kelab semasanya iaitu Zeljenicar enggan memberi surat pelepasan kepadanya untuk berhijrah.

“Hari ini saya akan berhubung dengannya untuk mendapatkan kepastian dan keputusan, jika tiada surat pelepasan diberi, kami terpaksa melupakan khidmatnya untuk membantu Melaka United musim ini,” katanya seperti dilapor Cakap Sukan.

Sementara itu, Mohd Saiful memaklumkan pihaknya sudah mempunyai perancangan lain dengan membawa masuk bekas penyerang import Melaka musim 2017 iaitu Marco Simic.

“Kami telah menghubungi kelabnya iaitu Persija Jakarta mengenai hasrat mendapatkan penyerang prolifik ini sebagai pinjaman dalam saingan Liga Malaysia 2021.

“Mereka bersetuju dengan cadangan ini dan apa yang boleh saya katakan perbincangan juga akan diputuskan dalam masa terdekat selepas urusan mendapatkan tandatangan Lendric berjaya atau sebaliknya,” katanya.

Simic bukan asing dalam kalangan peminat bola sepak tempatan khususnya Melaka pada musim 2017 apabila dia dilihat antara penyerang import berkualiti dalam pentas Liga Malaysia.

Meledak sembilan gol hasil sembilan penampilan pada 2017 sebelum menyertai Persija setahun kemudian.

Simic dinobatkan penjaring terbanyak bersama pasukannya, Persija Jakarta dengan 47 gol hasil 64 penampilan pada 2018. – Malaysipost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here