Parti baharu ditubuhkan Tun M demi kepentingan peribadi

0
3

PARTI-parti politik baharu yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah bukti ia hanyalah demi kepentingan peribadinya.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan Ahli Parlimen Langkawi itu juga tidak selari dengan kenyataannya sebelum ini yang mengatakan terlalu banyak parti politik di Malaysia tidak bagus untuk demokrasi.

“Namun kini marah ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) sebab belum luluskan pendaftaran parti dia – Pejuang.

“Realitinya, parti-parti baharu dari serpihan Umno ditubuhkan oleh orang yang sama dan kuncu-kuncu dari DNA Umno. Semuanya untuk mencapai kepentingan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebaliknya Umno tetap kekal dulu, kini dan selamanya sebagai parti keramat bangsa dan agama.

“Bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) kita membentuk gagasan Malaysia sejahtera.

“Cuma bezanya Umno/BN tidak pernah mengelat. Berpegang teguh kepada keluhuran demokrasi,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, sebab itu kerajaan BN dulu tidak sekat pendaftaran Bersatu.kerana Umno dan BN lebih budiman.

“Yang tak demokrasi dan tak ‘gentleman’ adalah mereka yang cuba membatalkan pendaftaran Umno.

“Kita bersama-sama tetap mempertahankan parti keramat bangsa ini demi agama dan negara tercinta,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here