MESKIPUN perbezaan agama, pendakwah terkenal Ebit Lew tetap tidak terlepas pandang untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Menerusi catatan di Facebook miliknya, Ebit memuat naik gambar memberi memberi sumbangan di Gereja St Dominot Katolik di Lahad Datu, Sabah yang turut terkesan dengan pandemik Covid-19.
“Tadi ziarah kasih sayang ke Gereja St Dominit Katolik Lahad Datu. Berjumpa dengan Father Simon. Baik dan lemah lembut orangnya. Beri hadiah 100 set makanan, 10 kerusi roda, dan facemask,” catatnya.

Menurut Ebit, kunjungan itu disambut dengan baik oleh pihak gereja tersebut dan ia mencerminkan setiap manusia perlu memupuk semangat muhibah walaupun berbeza fahaman anutan agama.
“Berbual betapa pentingnya kasih sayang dan berkongsi kebaikan. Walau berlainan agama kita sebuah keluarga.
“Terharu Father kenal saya, katanya selalu tengok Ebit Lew membantu semua orang. Ustaz chinese (berbangsa Cina) kan. Ya saya chinese. Ramai pelajar di sini semua melambai-lambai saya. Sayang pada mereka semua,” katanya.
Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/01/26/ebit-lew-hantar-sumbangan-ke-sabah-lagi/
Justeru, Ebit berharap rakyat Malaysia sentiasa membuat kebaikan kerana ia dapat menyemai kasih sayang antara manusia
“Semoga menjadi asbab kebaikan dan kasih sayang,” catat Ebit yang dalam siri menjelajah di Sabah untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan. – Malaysiapost

