Bapa M Nasir meninggal dunia

0
3

KOMPOSER, Datuk M Nasir tidak dapat pulang ke Singapura selepas ayahnya, Mohamed Sam meninggal dunia sekitar jam 7.30 pagi tadi.

Isteri M Nasir, Datin Marlia Musa berkata, mereka sekeluarga tidak dapat pulang ke Singapura untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 96 tahun akibat sakit tua.

“Kami sudah berusaha membuat permohonan untuk pulang ke Singapura, namun, pihak berkuasa tidak mengizinkan akibat Covid-19. Abang (M Nasir) juga reda dan akur bahawa keadaan semasa benar-benar tidak mengizinkan,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Marlia berkata, kali terakhir beliau serta suaminya bertemu dengan allahyarham ialah kira-kira setahun lalu sebelum Covid-19 menular.

“Sepanjang setahun ini, kami hanya berbual, bertanya khabar menerusi panggilan telefon dan video untuk melepaskan rindu,” katanya1.

Ketika ini, jelas Marlia, jenazah Allahyarham bapa mertuanya sedang diuruskan untuk pengebumian oleh adik-beradik M Nasir seramai lapan orang yang menetap di Singapura. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here