‘Mana pelaburan asing sebanyak RM109 bilion, projek apa?’ – soal Puteri Umno

0
2

Nurul Huda Abhar

“DIMANAKAH pelaburan asing sebanyak RM109 bIllion itu. Projek apa dan dimanakah ia?,” tanya Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan.

Beliau merujuk kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa pelaburan asing pada tahun 2020 adalah RM109 bilion.

“Wow! Malaysia hampir tidak terjejas oleh pandemik Covid-19 ini. Tapi apakah pelaburan-pelaburan yang masuk ke negara kita itu dan dimana?, ” soalnya dalam hantaran di Facebook.

Zahida turut menyangkal kenyataan itu dengan memetik laporan portal tempatan yang melaporkan bahawa seluruh dunia terjejas dengan pandemik Covid-19.

Menurut beliau, secara rata pelaburan asing menurun hampir seluruh negara di dunia di mana United Nations Investment Trend Monitor (UNCTAD) melaporkan Malaysia terjejas teruk dalam menarik pelabur-pelabur asing dikalangan negara-negara ASEAN.

Katanya, pelaburan asing hanya bersetuju melabur RM10.1 bilion pada tahun 2020 ataupun jatuh 68 peratus lebih rendah berbanding 2019 dan ianya yang paling teruk dikalangan Negara ASEAN.

“Janganlah rakyat digula-gulakan dengan berita palsu begini. Umpama pesakit kanser diberitakan hanya demam biasa saja dan akan sembuh.

“Adalah dijangkakan, pelaburan-pelaburan asing akan kembali beransur pulih 2021. Bersediakah kita? Saya ingin mengingatkan kerajaan janganlah kita ketinggalan lagi.

“Keputusan pelabur memilih negara-negara lain, tidak akan kembali lagi,” katanya.

Zahida menambah, pada masa ini rakyat sangat memerlukan manfaat daripada pelaburan asing kerana dengannya peluang pekerjaan dapat diwujudkan, kuasa membeli juga akan meningkat.

“Malaysia pernah menjadi destinasi utama pelabur-pelabur asing, tapi lihatlah sekarang anda semua dapat menjangkakan apa yang akan terjadi seterusnya,” ujarnya lagi.

Tengku Zafrul sebelum ini dilaporkan pernah menulis bahawa pelaburan asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) Malaysia berjumlah RM109.8 bilion.

Katanya, pelaburan itu melibatkan hampir 3,000 projek dalam pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama untuk sembilan bulan pertama tahun 2020. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here