Asri Janggut tiba di Bukit Aman

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali Asri Janggut tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi.

Dia hadir bagi memberi keterangan dipercayai susulan dakwaannya bahawa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menjaga solat.

Kontrovesi itu tercetus apabila Asri memberi kenyataan berkenaan di dalam sidang langsung di Facebook sebelum ia tular menerusi klip video.

Terdahulu, Asri mula popular selepas pendedahannya mengenai kedai judi dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh yang mendapat perhatian semua pihak.

Antara yang memberi reaksi segera selepas pendedahan itu termasuklah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Mohd Asri (kiri) bersama peguamnya tiba di Bukit Aman sebentar tadi. – Foto Muhammad Mustakim Ramli