‘Pemotongan komisen 20 peratus bebankan pemandu e-hailing’ – Zahid

0
2

AHLI Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta syarikat e-hailing bertimbang rasa dengan mengurangkan pemotongan komisen terhadap pemandu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Presiden Umno itu, berkata pada 16 Januari lalu beliau telah berkongsi keluhan mengenai nasib pemandu e-hailing yang terbeban dengan komisen 20 peratus.

“Selepas 10 hari, saya masih menerima keluhan yang sama. Komisen 20 peratus masih dikekalkan tatkala pendapatan mereka berkurangan disebabkan PKP 2.0.

“Buat pemandu e-hailing, maafkan saya. Saya sudah berusaha menyuarakan kesusahan anda. Saya masih berharap perkara ini diberi perhatian pihak terlibat,” katanya menerusi Facebook.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, semalam, beliau menerima dua video memaparkan kesusahan pemandu e-hailing

“Mereka mengeluh, merayu dan berharap komisen 20 peratus diturunkan. Jika tidak kepada 10 atau 15 peratus sudah memadai.

“Pemandu bersusah payah seawal jam 8 pagi pulang lewat malam demi sesuap nasi.

“Ada yang meraih pendapatan kasar hanya RM68 sehari, ada yang dapat RM59. Malah ada cuma beroleh RM24 hingga RM38 sehari,” kesalnya.

Pegerusi Barisan Nasional (BN) itu juga turut mempersoalkan berapa pemdandu e-hailing ‘bawa pulang’ jika terlalu banyak komisen dipotong.

“Harga minyak meningkat RM1.90 seliter. Merayau siang dan malam tidak kurang RM40 petrol dihabiskan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta sekali lagi memohon syarikat e-hailing, agar mengurangkan potongan komisen bagi membantu mereka yang juga sebahagian daripada frontliner.

“Kita sedar dalam situasi pengangguran yang tinggi, pekerjaan sebagai pemandu e-hailing adalah pilihan yang cepat.

“Bagaimanapun, jika penawaran lebih tinggi berbanding permintaan, maka tersadailah pemandu di tepi jalan,” katanya.

Dalam masa sama, Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mengumumkan bantuan one-off RM500 kepada pemandu e-hailing. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/01/16/e-hailing-penumpang-berkurang-sepanjang-pkp-dilaksanakan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here