Covid-19: 13 hari berturut-turut kes lepasi angka 3,000

0
3
grafik

SEBANYAK 3,585 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, dengan Selangor terus mencatatkan kes jangkitan tertinggi iaitu 1,295.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia terus meningkat kepada 190,434 dengan 40,574 adalah kes aktif dengan kebolehjangkitan.

Jumlah itu menyaksikan Malaysia mencatat kes harian Covid-19 melepasi 3,000 sehari berturut-turut sejak 13 hari lalu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan Kuala Lumpur merekodkan kes harian kedua tertinggi iaitu (610), Johor (516), Sabah (303), Sarawak (205), Negeri Sembilan (129) dan Pulau Pinang (104).

Negeri yang mencatat kes di bawah 100 ialah Melaka (92), Kedah (88), Kelantan dan Terengganu masing-masing 76 kes, Perak (58), Pahang (15), Putrajaya (15 kes), Perlis (2) dan satu kes di Labuan.

Menurut KKM, kes sembuh baharu hari ini ialah 4,076 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah 149,160 kes.

Sebanyak 11 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 700. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here