2 lelaki dikompaun, ingkar arahan kuarantin

0
2

DUA lelaki di daerah Beaufort, Sabah yang diarahkan menjalani tempoh kuarantin dikenakan kompaun semalam selepas didapati melanggar arahan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, individu pertama yang dikenakan kompaun membabitkan seorang lelaki berusia 36 tahun di Kampung Kelabu.

“Manakala seorang lagi membabitkan seorang lelaki berusia 51 tahun yang tinggal di Kampung Rancangan Klias.

“Sepasukan polis dari IPD Beaufort bergerak ke kediaman orang kena kuarantin berdasarkan maklumat orang awam berkenaan pelanggaran perintah kuarantin.

“Kedua-dua dilihat berkeliaran dengan pergi berkumpul di sekitar kampung berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Azmir berkata, kompaun dikeluarkan terhadap mereka selepas didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 13 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit No.9 Tahun 2020.

Beliau turut menasihati semua individu yang diarahkan kuarantin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk terus tinggal di dalam rumah sehingga tempoh kuarantin selesai.

“Pihak polis melalui pasukan Penguatkuasa akan sentiasa memantau senarai-senarai nama individu yang diarahkan kuarantin oleh KKM dan akan membuat pemeriksaan mengejut sekiranya mendapat maklumat kesalahan melanggar perintah kuarantin yang diberikan.

“Seperti yang ditegaskan sebelum ini, fasa menasihati sudah tamat dan hanya tindakan kompaun akan terus dikenakan sekiranya didapati melanggar perintah kuarantin serta SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/01/14/noor-azmi-nafi-langgar-pkp-dakwa-pertemuan-sebelum-pkp/

Foto Kredit: PDRM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here