Demi Telegram, Ibu sanggup ulang-alik ke pondok pengawal sekolah

0
3

GARA-GARA hendak memuat turun aplikasi Telegram di telefon pintar demi memudahkan anaknya belajar menerusi kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), seorang ibu gigih berulang-alik ke pondok pengawal sekolah.

Ia membuktikan setiap ibu bapa pasti berusaha agar anak mereka tidak ketinggalan, ketika murid terpaksa mengikuti sesi pembelajaran secara norma baharu.

Malangnya tidak semua bertuah memiliki kelengkapan komputer, telefon pintar serta liputan internet di rumah untuk belajar menerusi kaedar PdPR.

Namun kisah seorang ibu yang tidak mengalah dan berusaha untuk menyediakan kemudahan pembelajaran kepada anaknya telah mencuri perhatian warganet.

Menerusi satu hantaran Facebook guru bernama Nazirul Mu’zz Azmi, seorang ibu telah menemuinya hanya untuk meminta bantuan memuat turun aplikasi Telegram di telefon pintarnya.

Menurutnya, kemudahan liputan internet di kampung tidak secanggih di bandar, malah kadang kala boleh terputus di sesuatu kawasan.

Berikut catatan perbualan guru tersebut dan ibu murid berkenaan:

“Cikgu, boleh tolong?, tanya ibu tersebur.

“Apa ada ya kak?

“Cikgu boleh bubuh tu apanama… Telegram? Dalam hempon ni takdak, tak reti nak bubuh,” tanya ibu itu.

“Saya buatkan dekat akak ya,” balas Nazirul yang sedang sibuk menyediakan bahan pengajaran PdPR di pejabat sekolah.

Namun usaha Nazirul yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Semanggol, Perak terganggu dek kerana liputan internet tidak stabil di kawasan pejabat sekolah berkenaan.

“Masalahnya, dekat sekolah abang, line teruk. Download Telegram boleh sebab connect wifi pejabat, tapi dia punya kod yang hantar ke SMS tu kena tunggu line telco juga,” tulisnya.

Nazirul seterusnya meminta nombor telefon wanita berkenaan untuk mengisi butiran selepas selepas memuat turun aplikasi tersebut namun dia tidak ingat nombor telefonnya sendiri.

Untuk mengatasi masalah itu, Nazirul terpaksa meminta ibu berkenaan untuk ke pondok pengawal sekolah kerana di kawasan itu liputan internet lebih baik.

Selepas itu, wanita tersebut datang semula berjumpa Nazirul dengan nombor telefon ditulis di atas tapak tangan, namun timbul masalah lagi apabila perlu pula mengisi nombor kod untuk menyelesaikan pendaftaran Telegram.

Menurut Nazirul, dia terpaksa berkali-kali memohon maaf kepada wanita itu kerana terpaksa memintanya berulang alik ke pondok pengawal sekolah yang tidak jauh dari situ kerana ketika itu dia agak sibuk dengan urusan sekolah.

Berikutan perbualan seterusnya:

“Maaf sangat, saya minta maaf sangat.

“Awat cikgu takpa habaq ja gumana, kata ibu itu.

“Gini, akak pi balik dekat tempat tadi sampai dapat SMS, lepas tu mai dekat saya, maaf sangat,” catat Nazirul dalam loghat utara.

Tambah Nazirul lagi, walaupun kedudukan pondok pengawal itu tidak jauh dengan pejabat sekolah, namun liputan internet hanya mudah diterima di kawasan itu.

Tak lama kemudian wanita itu datang sekali lagi menemuinya.

“Yang ni ka cikgu?, kata ibu itu.

“Haaa hat ni, dapat dah. Saya buatkan kejap.

“Alhamdulillah, setel masuk Telegram, abang letak dekat sebelah WhatsApp dia. Siap masuk dalam group yang dia perlu,” catat Nazirul.

Perkongsian Nazirul di Facebook menarik perhatian warganet yang rata-rata sedih dengan situasi ibu berkenaan dan mencadangkan kerajaan meningkatkan liputan internet di kawasan luar bandar dengan segera. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here