Koperal Azmi sudah tiada

0
2

ANGGOTA polis yang kisahnya tular kerana berharap dapat kembali bertugas walaupun menderita barah rahang mulut, meninggal dunia hari ini.

Berita sedih kematian Koperal Azmi Kamaruddin, 34, yang bertugas di Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, dikongsi Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Menteri Belia dan Sukan itu mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham menerusi satu hantaran di Facebooknya.

“Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Marilah sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, Insyallah,” ucap Reezal.

Sebelum ini, hantaran Facebook isteri Azmi, Koperal Noor Ifa Md Sukari, 36, mengenai hasrat suaminya itu yang ingin kembali bertugas tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai pihak.

“Saya cuma memaklumkan secara dalaman tetapi menjadi tular namun reaksi suami apabila menerima kunjungan rakan-rakannya menunjukkan dia sangat gembira dan mengenali mereka.

“Mungkin dia ingin mencari semangat dan doa dari rakan-rakannya kerana penyakit yang dialaminya,” kata Noor Ifa.

Semalam, rakan-rakan dari IPD Seberang Perai Utara mengunjungi Azmi yang terlantar sakit.

Media melaporkan, walaupun keadaannya lesu dan hanya mampu terbaring di atas katil, namun Azmi mampu mengukir senyuman selepas mengetahui rakan-rakannya hadir menziarahinya.

Allahyarham pernah menjalani pembedahan pada 2012 selepas terdapat ketumbuhan di bahagian gigi, namun satu lagi ketumbuhan dikesan pada bahagian mata berhampiran otak pada 2018.

Ketumbuhan itu dibuang ketika rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), namun lama kelamaan merebak sehingga menjadi kanser menyebabkan keadaan kesihatannya semakin merosot.

Azmi dibawa ke Hospital Kepala Batas pada Jumaat lalu selepas mengalami sesak nafas tetapi doktor menasihatkan supaya dibawa pulang kerana keadaan Covid-19 yang boleh membahayakan nyawanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here