‘Luluskan saja MUDA, takut apa dengan Syed Saddiq?’ – Puad

0
2

AHLI Umno tidak perlu tunduk kepada sebarang tekanan termasuk dalam memberi sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Menurutnya, mungkin terdapat individu atau kepimpinan Umno yang takut menerima tekanan sedemikian kerana bimbang kehilangan jawatan atau didakwa di mahkamah.

Mohd Puad berkata, tekanan itu seperti apa yang didakwa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai penolakan pendaftaran parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Dalam afidavitnya di Mahkamah, Syed Saddiq mendakwa (Datuk Seri) Hamzah Zainuddin letak syarat mesti sokong (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) jika mahu pendaftaran parti MUDA diluluskan.

“Syed Saddiq buat tuduhan serius. Apakah itu cara Muhyiddin mengekalkan kuasa.

“Semoga Umno tidak tunduk kepada sebarang tekanan. Mungkin ada individu yang takut menerima tekanan seperti itu. Takut didakwa, takut hilang jawatan,” katanya di Facebook hari ini.

Beliau juga berpendapat, lebih baik kerajaan Perikatan Nasional (PN) meluluskan sahaja pendaftaran parti MUDA.

“Lagi pun takut apa dengan Syed Saddiq. Bajet 2021 sudah pun lulus. Muhyiddin boleh terus jadi PM sampai darurat ditamatkan.

“Apa pun jangan main main dengan Hamzah. Dia ‘very powerful’ (sangat berkuasa) Dia Menteri yang jaga PDRM (Polis Diraja Malaysia) , ROS dan Imigresen,” katanya.

Mohd Puad turut menggambarkan perkara sama berlaku terhadap penolakan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diasaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dulu Hamzah melutut dengan sekarang Tun melutut dengan Hamzah untuk daftar Pejuang,” katanya.

Beliau bagaimanapun, mendoakan Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut itu cepat sembuh daripada jangkitan Covid-19 dan sihat walafiat.

Semalam, Jabatan Peguam Negara dilaporkan membantah permohonan MUDA membuat semakan kehakiman yang dikemukakan Syed Saddiq serta 12 individu bagi mencabar keputusan ROS menolak pendaftaran MUDA sebagai sebuah parti politik.

Syed Saddiq sebelum itu dilapor menfailkan afidavit di mahkamah mendakwa Hamzah ‘memukuknya’ supaya menyokong kerajaan jika mahu pendaftaran parti MUDA yang diasaskannya diluluskan. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here