Roy positif Covid-19

0
2

PENYANYI Roy atau nama sebenarnya Mohammad Rauzan Alwi memaklumkan dirinya positif Covid-19 tahap empat dan sudah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Roy yang terkenal menerusi lagu berbentuk patriotik, berkata dia tabah menerima keputusan itu dan reda dengan ketentuan takdir ke atasnya.

“Ramai juga artis kena Covid-19 tanpa tahu mana puncanya dan macam itu jugalah dengan kisah saya. Apa lagi yang boleh dibuat, selain saya kena reda dan tawakal pada Allah.

“Ahli keluarga saya juga kini menjalani kuarantin di rumah sekarang, manakala restoran keluarga kami di Banting ditutup sementara,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Terdahulu, Roy popular dengan lagu ‘Ratnaku’ dimasukkan ke Hospital Banting tengah malam Sabtu lalu, akibat sesak nafas.

Dia mulanya ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan tetapi dicadangkan supaya segera mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital oleh doktor bertugas.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat jangkitan kuman pada paru-parunya sebelum turut menjalani ujian saringan Covid-19 di hospital. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here