TMJ bidas siapa?

0
3
JOHOR BAHRU, 11 Okt -- Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika sesi dialog bersama penyokong JDT di JDT Cafe di Dataran Bandaraya Johor Bahru hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas pemilik kelab yang hanya tahu bercakap tetapi tidak menyumbang sesuatu kepada bola sepak negara.

Kenyataan pedas itu dikongsikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi akaun Instagram miliknya.

TMJ menegaskan individu itu berhak bercakap sekiranya sudah membuktikan sumbangan atau pencapaian mereka dalam bola sepak.

“Orang yang ada jawatan dan baru jadi pemilik ini semua pandai bercakap. Tetapi seorang pun tak beri apa-apa sumbangan kepada bola sepak negara atau faham industri bola sepak.

“Semua cakap macam orang sudah banyak pencapaian dan kejayaan. Mula bercakap apabila anda ada beri sumbangan atau ada pencapaian dalam dunia bola sepak,” katanya.

Namun setakat ini tidak dapat dipastikan kenyataan ‘panas’ TMJ itu ditujukan kepada siapa.

Sebagai rekod, semua pasukan Liga Malaysia (Liga M) memulakan penswastaan musim ini dengan setiap kelab mempunyai pemilik sendiri. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here