UMNO sama sekali tidak ‘surrender’, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menerusi hantaran di Facebook, Zahid berkata parti itu bukan parti tidak sedar diri dan lemah kerana Umno tahu apa yang sepatutnya Umno tahu.
“Umno tahu suatu ketika ia pernah tewas angkara fitnah dan pembohongan.
“Umno cekal pada kebenaran dan Umno terus menegakkan kebenaran,” katanya.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berkata dan kebenaran itu lebih berhak untuk diikuti.
“Dengan itu juga Umno sama sekali tidak ‘surrender’. Umno tidak tunduk, dibuli atau dibeli.
“Umno berusaha bangkit dan InsyaAllah kebangkitan Umno sedang berlaku,” katanya.
Zahdi dalam pada itu melahirkan keyakinan Umno sedang bangkit dalam diam yang penuh hikmah.
“Umno bangkit tanpa melukut ditepi gantang. Bertawakal pada Tuhan – Umno tahu apa yang patut dilakukan. Pisang tidak berbuah dua kali.
“Umno tetap mara. Dengan izinNya lambang kita yang gagah akan terus dipandang mulia dan indah,” katanya.-Malaysiapost

