PKP 3.0: ‘Buat sekarang, jangan bazir masa rakyat’ – Najib

1
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan cadangan kerajaan yang dijangka akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang lebih ketat selepas 4 Februari ini. 

Ahli Parlimen Pekan itu, berkata jika kerajaan berhasrat untuk melaksanakan PKP lebih ketat ia sepatutnya dilaksanakan sekarang dan bukannya menunggu selepas PKP 2.0 berakhir. 

“Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) diberitahu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) 

 bahawa kerajaan PN cadang untuk melaksanakan PKP 3.0 yang amat ketat. 

“Ia (termasuk larangan ke atas sektor kilang dan pembinaan) selepas PKP 2.0 berakhir pada 4 Februari sekiranya angka Covid masih tinggi, ” katanya dalam Facebook, hari ini.

Najib berkata, sudah tentu angka Covid-19 akan tetap tinggi sehingga 4 Februari ini memandangkan sektor-sektor yang menyumbang bahagian terbesar kluster adalah sektor yang sama dibenarkan beroperasi seperti biasa pada PKP 2.0. 

“Malah, jika PKP 3.0 dilaksanakan sektor-sektor lain tidak berkaitan yang terpaksa sia-sia berkorban 23 hari untuk PKP 2.0 nak claim kerugian dari siapa?

“Kenapa tak laksanakan secara ketat tanpa kelonggaran awal-awal lagi pada PKP 2.0 seperti disaran saya dan ramai lagi? 

“Kenapa hanya cadang nak buat selepas PKP 2.0 selama 23 hari telah terbazir?, ” katanya. 

Najib berkata, tindakan perketatkan PKP termasuk melarangkan sektor kilang dan pembinaan, harus dibuat secara 

 “all-out” sekarang. 

“Jangan tunggu dan paksa rakyat menderita lagi lama di bawah PKP,” katanya.

Terdahulu, kerajaan dijangka akan mengumumkan penutupan ekonomi sepenuhnya selepas 4 Februari, sekiranya jumlah kes Covid-19 di negara ini terus tidak menunjukkan penurunan. 

Perkara itu dimaklumkan Dewan Perdagangan dan Industri EU-Malaysia (Eurocham Malaysia) dalam surat yang dikeluarkan kepada anggotanya.

Memetik laporan Malay Mail, sumber yang dikaitkan dengan organisasi mengesahkan kesahihan surat itu.

Surat itu memperincikan ringkasan pertemuan Ketua Eksekutif Eurocham Malaysia, Sven Schneider dengan MITI yang menyebutkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pendirian yang jelas mengenai masalah penutupan ekonomi sepenuhnya. -Malaysiapost 

Berita berkaitan:

1 COMMENT

  1. sebetulnya saya katakan cadangan najib itu sangat lah profesional dan bernas…lebih baik sensara sementara darpada sensara selamanya,,,mmg ramai yang akan terkesan tetapi jika kkm tidak bertindak melaksakan pkp 3.0 negara akan lebih teruk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here