SK Sultan Sulaiman 1 tutup, lapan guru positif Covid-19

0
2

LAPAN guru Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu disahkan positif Covid-19 pada Jumaat.
Susulan itu sekolah berkenaan diarah tutup selama 14 hari berkuatkuasa hari ini hingga 5 Februari depan dan ia disahkan Jabatan Kesihatan Terengganu.
Pengarah Kesihatan negeri Dr Nor Azimi Yunus mengesahkan pihaknya mengeluarkan perintah penutupan premis bagi kawalan perebakan penyakit berjangkit.
Katanya, bagi menjalankan kuasa mengikut Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 332), sekolah itu diarahkan ditutup selama 14 hari berkuat kuasa hari ini sehingga 5 Februari depan bagi mengelakkan perebakan penyakit berjangkit.
“Pihak sekolah diperintahkan mematuhi arahan kerja membasmi kuman dan kegagalan mematuhi perintah adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 22 (b), Akta 342.
“Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 24 (a) akta yang sama boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau keduanya sekali,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro. 
Difahamkan, sekolah itu belum memulakan sesi persekolahan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dikuatkuasakan semalam.
Pengurusan sekolah juga sudah menghubungi semua ibu bapa murid mengenai penangguhan pengagihan buku teks yang sepatutnya dijadualkan Ahad ini. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here