KKM tubuh 213 CAC di seluruh negara

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan sejumlah 213 Pusat Penilaian Covid-19 (CAC – COVID-19 Assesment Centre) di seluruh negara bagi mengendalikan penilaian pesakit Covid-19 yang menjalani rawatan di rumah.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata CAC akan mengklasifikasikan tahap pesakit Covid-19 untuk menentukan pengurusan pesakit yang seterusnya, termasuk kelulusan rawatan di rumah. 
“CAC akan berperanan mengenalpasti pesakit yang sesuai untuk dipantau di rumah dan petugas CAC kemudian akan memantau serta menilai pesakit di rumah menggunakan Home Assessment Tool (Hat). 
“Pasukan CAC juga akan bertindak mengenalpasti dan me nilai pesakit yang berkemungkinan menjadi lebih teruk,” katanya dalam satu kenyataan yang di kongsi di Facebooknya hari ini. 
Menurutnya, CAC juga akan mengenalpasti pesakit yang memerlukan rujukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) atau hospital iaitu pesakit kategor 1 dan 2 yang tidak sesuai ditempatkan dan tidak sesuai dipantau dari rumah. 
“CAC juga akan berfungsi untuk menyelaras rujukan dari klinik kesihatan ke PKRC atau ke hospital,” katanya. 
Beliau berkata, setiap CAC di peringkat daerah akan diketuai oleh seorang koordinator dan orang ramai yang mempunyai keperluan boleh menghubungi CAC melalui nombor telefon yang akan dinyatakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masing-masing. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here