Tun M akui Covid-19 terlalu besar untuk ditangani, hargai Dr Noor Hisham

0
2

TUN Dr Mahathir mengakui situasi Covid-19 dalam negara ketika ini membimbangkang susulan terdapat ahli keluarganya turut dijangkiti pandemik itu, baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, saudaranya itu tidak dimasukkan ke hospital kerana tidak teruk dan hanya diarah kuarantin di rumah.

Namun, katanya semasa di rumah keadaan saudara beliau menjadi teruk sehingga tidak dapat bernafas dan kemudian dimasukkan ke hospital.

“Masalahnya semasa dia berada di rumah, penyakitnya dijangkit kepada ahli di rumah. Saya percaya ia tidak dapat dimasuk hospital awal kerana jumlah yang dijangkiti terlalu ramai. Tiap hari 4,000 dikesan.

“Namun demikian, jika pesakit berada di rumah, ahli keluarga akan dijangkiti. Maka lebih ramailah yang terjangkit. Sepatutnya mereka dimasuk ke dalam kuarantin berasingan dari keluarga.

“Jika selepas sekian lama pesakit mungkin sembuh atau perlu dirawat dalam hospital. Setelah didapati tidak ada jangkitan maka bolehlah balik ke rumah,” katanya, hari ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata dalam situasi ketika ini sudah tentu pesakit memerlukan tempat kuarantin yang sesuai.

“Dari gambar yang diperolehi katil-katil terlalu dekat dan apabila ada lawatan pembesar pesakit akan berkumpul. Ini akan menyebabkan jangkitan merebak.

“Sesungguhnya ada banyak cara dan amalan yang boleh kurangkan jumlah jangkitan. Diharap doktor-doktor pakar dapat berbincang dengan pegawai Kerajaan.

“Khidmat Pengarah Kesihatan amat dihargai. Tetapi wabak ini agak terlalu besar untuk ditangani oleh seorang sahaja,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here