Najib diminta akui pembabitan menjatuhkan kerajaan

0
2
Pix via Malaysiapost

TIMBALAN Pengerusi Tetap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hashim Suboh meminta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui penglibatannya dalam usaha menjatuhkan kerajaan. 
Beliau berkata, Najib perlu berlaku jujur dan berhenti berpura-pura tidak tahu mengenai apa yang berlaku ketika ini. 
Hashim berkata, beliau jarang memberi komen berhubung isu membabitkan Najib kerana menghormatinya susulan pernah berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dari 2008 hingga 2013. 
“DS Najib meminta Tengku Zafrul (Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz) berlaku jujur tentang darurat di lain-lain negara yang katanya hanya untuk membolehkan ‘lockdown’ dikuatkuasakan dan mempersoalkan kenapa darurat di Malaysia melibatkan pergantungan Parlimen. 
“DS Najib juga perlu berlaku jujur. Berhentilah berpura-pura tidak tahu, terus membaling batu sambil menyembunyikan tangan.
“Beritahu rakyat Malaysia di negara manakah ada Ahli Parlimen yang ‘gila’ nak menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan ‘segila’ sebilangan Ahli Parlimen di Malaysia tanpa mengira waktu?” soalnya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini. 
Beliau turut mencabar Ahli Parlimen Pekan itu menafikan penglibatan dalam sebahagian agenda untuk menjatuhkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika kerajaan sedang fokus berdepan dengan pandemik Covid-19. 
“Apakah rasional untuk memaksa peralihan kerajaan atau PRU (Pilihan Raya Umum) diadakan ketika Covid-19 ini sedang menggila? 
“Saya yakin Dato Sri (Najib) juga tidak berlaku jujur kepada rakyat dan negara pada ketika ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here