Kerajaan akhirnya setuju lanjut operasi kedai makan, restoran

0
2

SELEPAS didesak pelbagai pihak termasuk menerusi kempen besar-besaran di media sosial, kerajaan hari ini bersetuju melanjutkan operasi kedai makan dan restoran sehingga jam 10 malam.

Sebelum ini operasi kedai makan dan restoran termasuk warung dan gerai hanya dibenarkan sehingga jam 8 malam sehingga menjadi rungutan pelbagai pihak yang mendakwa tidak sempat membeli makanan selepas pulang bekerja.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini susulan permintaan daripada pelbagai pihak, termasuk pengusaha kedai makan dan restoran.

“Pelanjutan operasi itu dibenarkan untuk semua jenis perniagaan makanan termasuk restoran, kedai makan, gerai dan warung.

“Bagaimanapun operasi itu hanya membabitkan beli secara bungkus, tidak dibenarkan makan di kedai,” katanya dalam sidang media hari ini.

Susulan itu, beliau berkata aktiviti penghantaran makanan juga dibenarkan sehingga jam 10 malam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here