Sambut ‘anniversary’ ke-18, Edika terus setia jaga isteri lumpuh

0
2

PELAKON, Edika Yusof dan isterinya, Nur Hidayah Yusri menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-18 pada Isnin lalu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Edika menitipkan ucapan romantis bahawa dia sangat bertuah kerana memiliki wanita sehebat isterinya di sisi.

“Saya lelaki paling bertuah memiliki awak disisi. Isteri awak adalah rahmat. Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana memilikimu. Selamat ulang tahun perkahwinan, isteriku tersayang,” katanya.

Dalam video yang turut dikongsikan, Edika memaklumkan sambutan ini diraikan secara sederhana dengan sebiji kek kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasangan ini diuji selepas dua tahun hidup bersama apabila Hidayah disahkan menghidap meningitis sehingga menyebabkan dirinya lumpuh separuh badan.

Namun, kesetiaan Edika tetap utuh dan sentiasa memberi perhatian serta menjaga isterinya yang lumpuh selama 16 tahun.

Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Fardeen Nasrulhaq, 17, dan Fereena Nurulhaq, 16, manakala Nazirul Afiq, 21, merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu isterinya.

-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here