Pakej PERMAI mampu bantu golongan sasar

0
3

INISIATIF Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Langkah kerajaan itu disambut baik pelbagai pihak termasuk Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang berpendapat ia adalah penambahbaikan inisiatif sedia ada.

Setiausaha Agung JMM, Farahhana Jamaludin, berkata memandangkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasa di seluruh negara, inisiatif itu dapat meringankan beban dalam menangani pemasalahan rakyat yang berhadapan wabak Covid-19 serta bencana alam di beberapa negeri khususnya di Pantai Timur.

“JMM menyambut baik inisiatif pakej bantuan Permai yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pakej ini secara tidak langsung menambahbaik inisiatif sedia ada yang masih berterusan.

“Sebanyak 22 inisiatif yang akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang bertujuan memerangi Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pakej bantuan sebanyak RM15 bilion itu dijangka dapat menyuntik kemampanan rakyat dalam mendepani permasalahan yang sedia ada kepada golongan sasar yang terkesan secara langsung.

“JMM yakin melalui inisiatif PERMAI ini kerajaan akan dapat mencapai ketiga-tiga matlamat iaitu memerangi wabak Covid-19, memelihara kebajikan khususnya golongan B40 dan M40 yang benar-benar terkesan dalam menghadapi krisis ini dan menyokong kelangsungan perniagaan serta ekonomi negara,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here