Pengantin cuak, wali tersasul sebut nama kembarnya.

0
2

GARA-GARA nama hampir sama dengan pasangan kembar, seorang pengantin perempuan nyaris berputih mata apabila wali tersasul menyebut nama adik kembarnya ketika akad nikah.

Meskipun cemas, pengantin perempuan yang dikenali dengan nama Amira Farra itu menganggap  peristiwa itu kenangan melucukan apabila suaminya nyaris ‘dirampas’ oleh adik kembarnya bernama Amira Sara.

Menerusi ciapan akaun Twitter @efficiancee, Farra berkata, majlis pernikahan itu telah diakad oleh datuknya yang juga merupakan walinya.

“Saya Amira Farra, kembar pula Amira Sara, sebab ada yang bertanya, iya betul atuk saya adalah wali saya. Dia nervous sebab adik betul-betul duduk dekat sebelah saya. Ya Allah tak sangka, padahal atuk time test before akad tu lancar dah.

“Farra dah nak tergolek tau kat situ, nasib imam cakap silap. Suami pula memang jenis sentiasa tenang. Itulah muka time happy, time berenggang pun macam tu mukanya. Nak panik pun tak jadi,” ciap Farra.

Farra juga turut memuat naik video peristiwa lucu di Twitternya dengan ayat, “Bila wali kau berumur 84 tahun, dan kau pula kembar nama dekat-dekat, inilah jadinya. Dah jadi kipas dah tangan aku,”

Aksi Farra yang cemas dengan mengipaskan tangannya setelah menyedari datuknya tersalah menyebut nama telah mencuit hati warganet.

Rata-rata warganet berseloroh dengan mengusiknya di ruang komen.

“Weh kalau tersalah lafaz, dah jenuh nak move on.

“Hahaha, yang ni sumpah kelakar, kembarku tersalah nikah tajuk drama baru TV3.

“Memang kelakar, pengantin perempuan cuak gelabah, tapi yang lakinya kool je.” komen warganet. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here