SEORANG warga emas cedera selepas dihempap bongkah batu besar sewaktu membersihkan kebun miliknya di Kampung Tersusun Batu 8, Ulu Kinta, Perak, semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 2.18 petang sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh bergegas ke lokasi bagi menyelamatkan mangsa berusia 68 tahun itu.
“Sebaik tiba, bomba mendapati mangsa masih sedarkan diri walaupun sedang ditindih batu berkenaan pada bahagian pinggang.
“Mangsa seterusnya dibawa ke hospital menggunakan jentera EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan),” katanya dalam kenyataan.
Difahamkan, bomba mengambil masa 20 minit bagi mengangkat batu besar berukuran kira-kira satu kubik meter berkenaan yang menghempap paras pinggang sehingga kaki mangsa. -Malaysiapost

