Manchester United bernasib baik

0
1

MANCHESTER United bernasib baik apabila mampu bangkit menewaskan Fulham 2-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris pagi tadi.

Gol jaringan bintang Perancis, Paul Pogba pada minit ke-65 telah memberi tiga mata penuh kepada United untuk kembali merampas takhta liga daripada pendahulu seketika, Manchester City 

Terdahulu, United dikejutkan jaringan awal tuan rumah pada minit kelima menerusi jaringan Ademola Lookman.

Anak buah Ole Gunnar Solksjaer bangkit memperkemaskan aksi dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang kelahiran Uruguay, Edinson Cavani pada minit ke-21.

Persaingain di puncak liga kian sengit dengan hanya perbezaan lapan mata daripada pasukan tangga ketujuh, West Ham.

Sementara itu, City meneruskan aksi kemenangan dengan membenam Aston Villa 2-0 hasil jaringan Bernardo Silva dan Ilkay Gundogan.

Dengan mengumpul 38 mata, meletakkan City dibezakan dua mata dengan pendahulu liga, United.

Namun skuad kendalian Pep Guardiola itu kekurangan satu perlawanan berbanding United. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here