Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini menjatuhkan hukuman penjara lika bulan dan denda RM12,000 terhadap pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh yang menjadi pencetus kluster PUI Sivagangga,.
Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.
Tertuduh mengaku bersalah ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu.
Sebelum ini Malaysia Post melaporkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) terpaksa dilaksanakan di empat mukim di Kedah susulan kewujudan Kluster Sivagangga.
Ia berpunca daripada pengusaha kedai nasi kandar di Napoh itu yang didapati positif Covid-19 selepas pulang dari India.

