Anwar gila kuasa – Ummah

0
2

GERAKAN Pembela Ummah (Ummah) menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai gila kuasa.

Presidennya, Mohd Zai Mustafa berkata, kenyataan Presiden PKR di media bahawa akan mencabar Proklamsi Darurat yang dilaksanakan kerajaan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebagai tindakan memperjudikan nasib hidup rakyat dan keselamatan negara.

“Meneliti kenyataan Anwar, Ummah akan menyediakan pasukan peguam pakar bagi bersedia untuk mencabar dan mencelah terhadap tindakan Anwar.

“Ummah berpendapat tindakan mencabar keabsahan Proklamasi Darurat adalah satu tindakan yang cuba mencabar kebijaksanaan Agong yang setelah berpuashati dengan penjelasan dan berkenan membuat keputusan berdasarkan cadangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata Anwar sepatutnya bersama-sama kerajaan bagi memupuk semangat patriotik rakyat dan menyeru kepada memperkasa perpaduan negara bagi menghadapai cabaran besar yang dihadapi oleh negara.

“Ummah yang mewakili lebih 500 NGO Islam diseluruh negara telah bersedia dengan pasukan peguam untuk berhadapan mencabar saman yang akan dikemukakan oleh pasukan peguam Anwar bagi mempertahankan kuasa yang Agong sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sebelum ini Anwar dilaporkan akan mencabar Proklamasi Darurat yang dilaksanakan oleh kerajaan di mahkamah.

Kenyataan itu menyusul selepas tiga hari Ahli Parlimen Port Dickson itu mencadangkan semua ahli Parlimen mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan baginda membatalkan Proklamasi Darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

“Telah saya umumkan baru-baru ini tentang usaha kami dalam merayu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mempertahankan Perlembagaan serta rakyat dari salah guna kuasa.

“Dan juga, pasukan peguam telah ditugaskan untuk menyiapkan permohonan untuk mencabar langkah Pengisytiharan Darurat yang dibuat oleh kerajaan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin),” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here