Airbnb ‘blacklist’ pelanggan rembat barangan rumah

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

APLIKASI tempahan penginapan, Airbnb telah menyenarai hitam individu yang mencuri barangan milik pengusaha homestay di Shah Alam yang kerugian RM6,000 minggu lalu.

Menerusi kenyataan kepada Malaysiapost, Ketua Dasar Awam Airbnb Asia Tenggara, Mich Goh berkata, pihaknya membantu polis dalam kejadian berkenaan dan pada masa sama membantu mangsa menerusi ‘Host Guarantee’ susulan pemilik homestay itu menggunakan aplikasi berkenaan untuk menerima pelanggan.

“Kami dengan tegas mengutuk tingkah laku yang dilaporkan dan telah menyingkirkan pelaku berkenaan dari platform kami.

“Walaupun insiden negatif jarang berlaku di Airbnb, pasukan kami terus bekerja dengan tekun setiap hari untuk memastikan insiden sebegini tidak berlaku.

“Keselamatan komuniti adalah keutamaan kami dan kami tetap fokus untuk terus memperbaiki sistem dan bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang,” katanya.

Semalam Malaysiapost melaporkan seorang penguasaha homestay kerugian RM6,000 selepas rumah penginapannya di Shah Alam, ‘dirompak’ pelanggannya sendiri baru-baru ini.

Mangsa, Joe Eu yang berkongsi kejadian itu di Facebooknya memaklumkan beberapa barangan berharga di rumah penginapannya seperti televisyen, PlayStation 4, Sonic Gear soundbar, air cooler dan komputer riba telah dicuri pelanggannya.

Katanya kejadian berlaku pada 10 Januari lalu antara jam 3.47 petang sehingga 3 pagi.

Lebih menambah ‘geram’, pelanggan yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita itu turut merosakkan barangan di rumah terbabit. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here