Kaji kedai makan buka hingga 10 malam

0
2

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji baik buruk kedai makan dibenarkan dibuka hingga 10 malam.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata apa sahaja perkembangan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pasti akan dimaklumkan kerajaan.

“MKN dan KKM sedang mengkaji baik buruk kedai makan dibuka sehingga pukul 10 malam.

“Apa-apa perkembangan pasti akan dimaklumkan oleh DSISY (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob),” katanya melalui ciapan di Twitternya hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi dan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) kerana wabak Covid-19 semakin menular.

“Covid-19 semakin menular. Kurangkan pergerakan..patuhi dan perketatkan SOP,” katanya.

Terdahulu banyak pihak menggesa kerajaan membenarkan operasi kedai makan dibuka sehingga jam 10 malam bagi pembelian secara bungkus.

Ia kerana ketika tempoh PKP kebanyakan operasi perniagaan termasuk kedai dan gerai makanan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 8 malam sahaja.

Keadaan itu menjejaskan pendapatan peniaga selain menyukarkan orang ramai terutama yang bekerja dan pulang lewat untuk mendapatkan makanan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau telah berhubung melalui telefon dan berbincang panjang dengan Ismail Sabri berhubung isu sama.

“Insya-Allah, YB Menteri beri jaminan beliau mendengar suara hati rakyat dan akan membawanya ke Mesyuarat MKN untuk dipertimbang dan diputuskan dengan mengambil kira SOP ketat tanpa berkompromi dengan agenda memutuskan rantaian Covid-19,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here