Cara 4: Telan sahaja bila orang ramai tag #SiBodohKauDengarSini – Najib

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kepada kerajaan empat cara menyelesaikan masalah orang yang dibenar berkerja tetapi tidak sempat membeli makanan untuk makan malam.

Ia susulan keputusan kerajaan hanya membenarkan kedai dan gerai makan beroperasi sehingga jam 8 malam di sebalik rungutan pelbagai pihak yang meminta ia dilanjutkan.

Berikut empat cara yang dicadangkan Najib:

CARA 1: Buat MCO (PKP) yang seketat-ketatnya seperti MCO pertama bulan Mac lepas dan terus memberi kelonggaran bagi take-away di kedai makan dan khidmat penghantaran makanan sehingga 8pm.

Masa PKP pertama tahun lalu, masalah tak sempat membeli makanan tidak pernah timbul.

Ini ialah pilihan terbaik sebab keberkesanan untuk menurunkan penularan Covid adalah paling tinggi agar kita tak lanjut PKP berulang kali dan sistem penyampaian kesihatan yang sudah kritikal boleh dipulihkan dalam masa yang paling singkat.

CARA 2: Pendekkan masa bekerja dibenarkan masa PKP bagi semua sektor selain sektor makanan ke 6.30pm supaya pekerja masih ada masa 1 1/2 jam (termasuk masa menghadapi roadblock) untuk membeli makanan sebelum pulang ke rumah.

CARA 3: Lanjutkan masa yang dibenarkan bagi sektor makanan dan food delivery ke 9:30pm.

CARA 4: Tak buat apa-apa. Telan sahaja apabila orang ramai tag kamu dengan hashtag #SiBodohKauDengarSini

Untuk rekod, hashtag #SiBodohKauDengarSini trending di Twitter sejak malam tadi selepas seorang pengguna akaun laman sosial itu @farhanazahan merungut dua kali tidak dapat makan malam kerana tidak sempat memesan makanan.

Menerusi ciapannya, Farhan berkata dia bukan seperti menteri yang memiliki pembantu rumah untuk menyajikan makanan setelah pulang bekerja.

Pengguna Twitter lain @puterirajaawan membalas dengan mengatakan orang ramai tidak patut mengeluh, sebaliknya boleh beli makanan lebih awal dan memanaskannya keesokan hari.

Pendapat itu menimbulkan kemarahan pengguna akaun @yarafaee_ yang menulis “Si bodoh, kau dengar sini” bagi meluahkan perasaannya.

“Orang balik kerja tak ada masa nak masak sebab awal pagi esok dah kena pergi kerja balik,” ciapnya.

Pengguna Twitter di Malaysia kemudian mula menggunakan hastag #SiBodohKauDengarSini sehingga menjadi trending malam tadi dengan lebih 30,000 ciapan menggunakan tanda pagar itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here