Shuib tinggalkan Sepahtu sementara waktu

0
2

SELEPAS 24 jam mengundurkan diri sebagai penyampai radio, pelawak Shuib mengambil keputusan untuk berehat pula seketika daripada kumpulan Sepahtu.

Beliau memaklumkan keputusan itu diambil bagi memberi sepenuh tumpuan kepada peniagaannya yang kian berkembang.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad turut menegaskan keputusan itu bukanlah disebabkan oleh kontroversi yang melanda dirinya tahun lalu.

“Saya memang dah buat keputusan untuk berehat seketika daripada industri hiburan termasuk komitmen dengan kumpulan Sepahtu sekali.

“Keputusan yang saya buat bukan sebab kontroversi yang melibatkan diri saya sepanjang tahun lalu,” katanya seperti dilapor Mstar.

Semalam, suami kepada penyanyi Siti Sarah itu secara rasmi mengambil keputusan untuk mengundur diri sebagai penyampai radio di Hot FM.

Pengunduran dari stesen radio yang disertainya pada 2019 itu dibuat sendiri oleh beliau menerusi siaran di radio itu pada jam 8.50 pagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here