Slim langkah permulaan – Amir Khusyairi

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

“Slim ini adalah langkah permulaan untuk memperbetulkan apa yang kita rasa tidak betul,” kata calon Bebas mewakili kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Beliau berkata, langkah pemulaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini akan dibawa ke negeri Perak dan seterusnya negara.

Itulah kata-kata ringkas peguam itu selepas diumum sebagai calon Bebas bagi PRK Slim.

Amir Khusyairi, 38, adalah lulusan Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan mempunyai firma guaman sendiri.

Pencalonan beliau diumum dalam Majlis Memperkenalkan Calon PRK N58 Slim yang turut dihadiri Dr Mahathir di Taman Slim Permata, malam ini.