‘Sembahlah aku’: Iqram Dinzly ‘meracau’ lagi

0
2

PELAKON Iqram Dinzly yang sudah lama menyepi kini kembali berkelakuan pelik dengan tindakan lebih kontroversi apabila membuat video bertajuk ‘sembahlah aku’ yang disiarkan secara langsung di laman Instagram miliknya malam tadi.

Dalam video yang berdurasi hampir satu jam itu Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 40, turut mengatakan agar menyembahnya jika tidak mahu bersalawat.

“Yang harus kau ratib, yang harus kau zikir, yang harus kau laksanakan hari-hari..kau harus ratibkan sembahlah aku! sembahlah aku! sembahlah aku..sembahlah aku yang kau seru selama ini,” demikian antara yang dikatakan oleh pelakon terbabit.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apa tujuan Iqram berkelakuan seperti itu sama ada ia bertujuan untuk menyindir atau sebaliknya.

Video itu kini mendapat tontonan lebih 7,000 orang dan turut mendapat pelbagai komen termasuk peminat-peminatnya.

Antara komen daripada peminatnya adalah meminta semua mendoakan Iqram yang baik-baik kerana apa yang dibuat oleh pelakon itu mungkin kerana menghadapi tekanan yang hebat.

Ada juga yang komen mengenai kelakuannya seperti dirasuk itu dan meminta Iqram supaya tidak terlalu melayan perasan.

Pada 2019 Iqram pernah menimbulkan kontroversi dengan cara yang sama apabila menari berlatarkan lagu Peristiwa Subuh nyanyian Raihan dengan berpakaian ala penari balet.

Video itu memaparkan Iqram berpakaian skirt warna putih dan selendang hitam yang menutup kepala dan sebahagian tubuhnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here